Rabu, 27 November 2013

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam  merupakan salah satu gaya  tarian klassik India.  Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
                   
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).


Latar  belakang  dan sejarah Tarian Bharata Natyam

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.

E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.
Cara Bharata Natyam ditarikan
    
Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
  • Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan halangan.
  • Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
  • Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
  • Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih.
  • Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
  • Padam – Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.
  • Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan.
  • Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).